Selasa, 12 Mei 2009

Kuliah 4

Kajian Kepustakaan

Kajian kepustakaan/ tinjauan literatur membabitkan sorotan ke atas bahan-bahan literatur seperti buku, jurnal, artikel seminar dan laporan. Dengan membuat tinjauan literatur, pengkaji akan lebih memahami berkaitan dengan aspek ataupun permasalahan yang ingin dikaji.

Menurut Hendricks (2006), tinjauan literatur ini penting dengan pelbagai sebab. Antaranya:
i- Pengkaji berpeluang meneliti terlebih dahulu topik yang ingin dijalankan kajian
ii- Belajar hasil dari pengalaman pengkaji lain untuk membentuk perancangan yang lebih tersusun

Dalam tinjauan literatur seperti jurnal contohnya, adalah penting untuk penulis mengambil kira aspek kesahan iaitu (adakah proses yang dilalui dalam kajian tersebut telah mengukur apa yang sepatutnya diukur) dalam mendapatkan hasil yang tepat terhadap kajian yang dijalankan.

Selain itu, dalam membuat penelitian atau pembacaan terhadap kajian kepustakaan ini, penyelidik boleh memberikan perhatian dan tumpuan kepada satu atau beberapa ciri kajian tindakan seperti sampel, setting, prosedur, pengumpulan dan penganalisaan data.

Proses-proses berikut perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih menyeluruh dan menjadi lebih bermakna..

- Menganalisis

Analisis dilakukan dengan mengolah maklumat dengan menghuraikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil bagi memahami sesuatu konsep atau peristiwa serta mencari makna yang tersirat. Kemahiran ini digunakan untuk mengenali bahagian-bahagian, memahami hubungkait antara bahagian-bahagian dan mengenali prinsip yang terlibat. Proses ini merupakan satu kemahiran yang kompleks yang memerlukan beberapa ciri kemahiran berfikir.

- Menilai

Menilai di sini bermaksud membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara daripada segi kebaikan dan kelemahan berdasarkan bukti atau dalil yang sah. Proses ini memerlukan pengkaji untuk meneliti setiap ciri-ciri kajian tindakan ketika tinjauan yang dilakukan.


- Membuat kesimpulan

Seterusnya mengkaji menyimpulkan dengan membuat pernyataan tentang sesuatu hasil kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan. Kemahiran ini digunakan untuk membuat keputusan, menerangkan sesuatu, meramal dan menyokong.


- Mensintesis

Sistesis bermaksud menggabungkan idea, unsur, item dan perkara yang berasingan untuk menghasilkan gambaran yang menyeluruh dalam bentuk pernyataan.

Kuliah 3

PEGURUSAN PERUBAHAN DALAM PENDIDIKAN

Konsep Perubahan:

Bidang penyeldikan menjadi faktor paling utama untuk menyediakan manusia menghadapi cabaran masa hadapan.

Perubahan dalam pendidikan tidak dapat dielakkan.

Menurut oliver (1996)dalam buku The Management of Educational Change:A Case Study Aproach, perusahan didapati lebih menggambarkan ciri-ciri pendidikan berbanding dengan kestabilan.

Perubahan yang berlaku kadangkala mewujudkan ketidakpastian.
Dalam pendidikan ketidakpastian mesti dielakkan kerana jika berlaku ia akan meruntuhkan generasi masa depan.


JENIS PERUBAHAN

Mengikut Dessier (1995),terdapat 4 jenis:
1. Perubahan ke arah peningkatan.
Perubahan ini memberi kesan kepada kompenan-kompenan tertentu dalam organisasi
seperti:
- Berlakunya perubahan dalam sturuktur organisasi.
- Memperkenalkan teknoogi baru.
- Mengadakan program pembangunan staf untuk tingkatkan komitmen&produktif
staf.
2. Perubahan strategi organisasi.
Melibatkan keseluruhan organisasi:
1. Mendifinasikan semua peranan organisasi
2. Perubahan nilai teras organisasi
3. Pembentukan semula misi
4. Perubahan struktur&strategi organisasi
5. Mendefinisikan semua staf dari segi tugas,peranan,tanggugjawab&sistem
ganjaran.

1. Perubahan Reaktif

Perubahan berlaku akibat tindak balas langsung daripada pelanggan dan pihak
berkepentingan (stokeholder).
- kepekaan pelangan dan stokeholders terhadap isu-isu persekitaran dan
etika memerlukan organisasi melakukan perubahan.
- Perubahan dari segi prosuder dan cara layanan pelangan hendaklah
dilakukan.

2. Perubahan akibat daripada jangkaan.
- Perubahan bukan desakan pelangan tetapi kerana terdapatnya kesedaran
dalam kalangan pengurusan yang perlu diadakan perubahan bagi memastikan
organisasi memperoleh kebaikan kompetiti.

Antara sebab perubahan:
1. Persiapan menghadapi pesaing yang akan muncul.
2. Persiapan terhadap kemungkinan berlakunya perubahan keatas kehendak pelangan
3. Penciptaan baru teknologi yang memerlukan organisasi berubah.
4. Persiapan nbagi menhadapi perubahan.
5. Perubahan dalam trend tenaga kerja.


PERUBAHAN ADALAH KOMPLEKS

Perubahan dikaitkan dengan proses Evolusi dan Revolusi

Evolusi
-Perubahan secara evolusi dikatakan sebagai perubahan yang menghasilkan kesan yang
sedikit dalam tempoh yang panjang.
-Menyebabkan perubahan yang ketara dalam status quo.

Revolusi
-Perubahan yang pantas
-Perubahan yang akan meningalkan kesan yang membinasakan.

Kompleksiti atau kerumitan perubahan merupakan fokus bagi mendaatkan maklumat tenteng peubahan dan tindakan yang perlu diambil untuk mengimplementasikan perubahan.

Perubahan itu Multidemensi

-Sebarang keputusan yang diambiluntuk mengadakan perubahan melibatkan pelbagai pertimbangan.
-Antara prtimbangan adalah untuk mengenal pasti semua demensi yang berkaitan dengan perubahan.
-Terdapat 6 demensi yang perlu difahami:

1. Tujuan perubahan
-Perubahan dirancang untuk mencapai tujuan tertentu.
-Antara tujuan perubahan adalah untuk mengadakan penambahbaikan terhadap sesuatu
keadaan atau sistem
-Perubahan dalam suatu sistem sedia ada melibatkan 2 jenis pindaan:
1. Perubahan peringkat pertama
- Perubahan yang dibuat untuk kembali kepada keadaan asal yang diinginkan
- Perubahan yang dibuat untuk mempertingkatkan pencapaian dalam sistem itu
tanpa mengubahnya.
2. Perubahan peringkat kedua
- Melibatkan pindaan yang drastik dalam aspek sesuatu sistem seperti
matlamat,kedudukan dan corak perhubungan sistem tersebut.
( Barrot&Rayboud 1998 )

2. Unit Perubahan
-Unit perubahan merujuk kepada fokus utama sesuatu perubahan yang dirancang.
-Unit-unit perubahan terdiri daripada :
1. Individu
2. Kumpulan/Pasukan
3. Jabatan
4. Organisasi
5. Sitem organisasi
6. Komuniti
-Dalam mengimplimentasi perubahan,unit perubahan akan beranjak daripada individu
(unit yang kecil)kepada organisasi (yang lebih besar)

3. Sifat Perubahan
-Doft (1983) berpendapat untuk menghasilkan perubahan pada unit yang lebih besar
(peringkat organisasi)perubahan ingkat yang lebih kecil (peringkat individu)
-Mengubah seseorang individu mestilah dilakukan dengan usaha mengubah sikap,
tingkah laku atau kedua-duanya sekali.

4. Maquitud perubahan
-Merujuk kepada sejauhmana perubahan diancang akan diimplimentasikan.
-Istilah seperti perubahan yang komprehensif,sistematik dan dalam skala yang besar
sering dikaitkan dengan usaha-usaha untuk melakukan perubahan yang memberi impak
yang besar.
-Menurut Chambers (1997),Perubahan dalam skala yang besar akan memberi hasilan
yang menarik tetapi sukar diimplimentasikan tetap tidak menunjukkan impak yang
signifikal.

5. Skop perubahan
-Skop terhadap sejauhmana penambahbaikan atau inovasi dalam perubahan dapat
ditentukan dengan menggunakan instrument penilaian.
-Hell dan Hold (2001) telah menghasilkan sat instrument tahap-tahap penggunaan
inovasi yang digunakan untuk mengenalpasti respond individu terhadap sesuatu
perubahan sikap dan amalan.

6. Jangkamasa perubahan
-Terdapat pandangan menyatakan bahawa perubahan memberi kesan berkaitan merupakan
perubahan yang berjaya diimplimentasikan berbanding perubahan yang memberi kesan
sementara.
-Ada pandangan berbeza dari segi hubungan masa dan kesan perubahan.
-Kattler(200)dalam kajian terapi jangka pendek telah mengenalpasti 3 jenis
perubahan yang dilalui oleh pelanggannya.
1. Perubahan yang berlaku secara spontan tidak memberi kesan yang mendalam.
sikap dan amalan seseorang itu akan kembali kepada asal sekolah kesan
perubahan itu, input.
2. Perubahan minima dikecapi setelah melalui penentangan awal
3. Perubahan yang berterusan merupakan perubahan yang stabil,progresif
dan kekal.
-Chambers (1977)meyatakan bahawa perubahan itu berbentuk kitaran dimana setiap
kitaran perubahan dijangka berakhir dalam tempoh 10 hingga 13 tahun.
-setiap kitaran bermula dengan tekanan dan diikuti dengan pengubahsuaian
yang diimplimentasikan.

MODEL PERUBAHAN

1. Model pengabungan Roger.
-proses inovasi bermula apabila masalah atau keperluan telah dikenalpasti.
-masalah atau keperluan ini mungkin berdasarkan penyelidikan semasa, kerja makmal
atau jangkaan pembayaran nakan datang.
-Apabila masalah dikenalpasti,penyelidikan akan menyiasat permasalahan itu dan
bagaimana cara ia akan diselesaikan.Fasa ini melibatkan eksperimen dan ciptaan
yang banyak , seterusnya menghasilkan inovasi.
-Rogers(1995)mengakui bahawa inovasi tidak semestinya terhasil dan penyelidikan
inovasi mungkin terhasil daripada amalan prtaktikal dimana pegawai mencari
jawapan kepada permasalahan yang timbul.

Khamis, 7 Mei 2009

PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang diutarakan, antara penambahbaikan yang akan dilakukan adalah:-
i. Saya perlu bersedia didalam segala hal samada secara mengejut atau jadual yang berkala.
ii. Saya akan lebih cenderung untuk memegang jawatan lain bagi mengasah keterlibatan saya didalam sesuatu kerja berkumpulan.
iii. saya perlu membezakan diantara perkara yang serius dalam melakukan sesuatu perkerjaan samada bentuk formal atau tidak.
iv. Memupuk semangat kerjasama di antara satu sama lain.
v. Membaiki pengurusan masa agar dapat meningkatkan displin dan memastikan segala pengurusan aktiviti dibuat lebih awal dan dengan lebih teliti.

MATLAMAT UMUM
Mengenalpasti segala bentuk kelemahan dan membaiki permasalahan diri sendiri bagi membentuk jati diri seorang guru yang berdedikasi.
OBJEKTIF
1) Dapat mengendalikan masa dengan lebih tepat.
2) Berkeyakinan dalam membuat sesuatu keputusan.
3) Memupuk muafakat dalam melakukan aktiviti berkumpulan.
4) Mewujudkan nilai-nilai murni.
5) Mengelakkan segala kelemahan berulang kembali.



PELAN TINDAKAN
Langkah yang perlu diambil:
i. Meminta tunjuk ajar serta nasihat dari ahli kumpulan . Mempelajari kemahiran mengurus dan memimpin melalui program yang akan datang iaitu Rekreasi Dalam Komuniti
ii. Sentiasa merujuk kepada ketua untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berkerjasama didalam kumpulan.
iii. Memastikan diri saya berkerja didalam kumpulan dengan lebih serus dan meminta ahli kumpulan sekiranya diri saya tersasar dali landasan perbincangan yang begitu komited.
iv. Membentuk dan membina keyakinan dalam diri sendiri agar dapat mencapai matlamat yang dikehendaki.
Untuk memastikan apa yang dirancangkan berjalan lancar, saya akan melakukan satu persatu perancangan yang dirancang.saya juga akan meminta rakan-rakan untuk menilai tahap pencapaian sayasehingga matlamat utama iaitu untuk memastikan agar segala penambahbaikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu, apabila semuanya dapat dicapai, maka saya menilainya sebagai saya sudah Berjaya mengatasi kelemahan yang ada.


AKTIVITI 2
REFLEKSI BERKENAAN DENGAN KAEDAH MENGAJAR PADA SEMESTER LEPAS

KELEMAHAN
Antara kelemahan yang ketara dalam subjek kaedah mengajar pada semester lalu yang dapat dilihat adalah dari segi teknik mengajar di dalam kelas.saya mendapati juga banyak menggunakan kekerapan iaitu( aaa,ok dan baiklah) Serta tidak mengaplikasikan teori Psikologi Pendidikan dalam kaedah mengajar.
PENAMBAHBAIKAN
Penambahbaikan yang dirancang adalah :
i) Melatih bagaimana cara penyampaian dan teknik dengan lebih baik dan berkesan.
ii) Memahami konsep sesuatu teori dengan lebih mendalam dan menyesuaikan penggunaannya
di dalam bilik darjah.

MATLAMAT
Matlamat umum adalah untuk melatih dan membaikpulih teknik serta penyampaian mengajar sewaktu berada dalam bilik darjah. Selain itu adalah untuk memastikan agar penggunaan teori pembelajaran dapat dilaksanakan.

OBJEKTIF
1) Pelajar mudah memahami ape yang hendak disampaikan oleh guru.
2) Dapat mengaplikasikan teori psikologi dalam bilik darjah

PELAN TINDAKAN
Langkah-langkah yang diambil:
i. Sentiasa membuat latihan terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pengajaran dalam bilik darjah.
ii. Mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang cara pengajaran saya.
iii. Memantau dari masa ke masa perubahan tingkah laku pelajar sebelum, semasa, dan selepas sesuatu teori dijalankan.

Rabu, 6 Mei 2009

Kajian Tindakan

Khamis, 2009 April 30
KULIAH 1 (20-04-2009)
Kajian ialah langkah-langkah yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisa data untuk mendapatkan dan meningkatkan kefahaman dalam sesuatu topik.

Tindakan ialah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengumpul data, memantau apa yang dirancang terlaksana dan menilai samada apa yang dirancang dan dilaksanakan mencapai.

Selasa, 2009 April 28
KULIAH 2 (27-04-2009)
AKTIVITI 1
Bermulanya tarikh pada 11 April 2009. Saya dan pelajar DPLI telah bertolak dari UKM ke Pulau Pangkor. Sepanjang penglibatan diri saya didalam program Bina Insan Guru(BIG 2) terdapat kelemahan yang saya dapat kesan antarannya ketepatan masa,cara berkomunikasi antara pelajar dan kurang member perhatian sepenuhnya. Penglibatan diri saya didalam kerja berkumpulan, saya kurang betanya dengan kawan-kawan serta pensyarah jika dibandingkan dengan ahli kumpulan yang lain.

Rabu, 29 April 2009

alhamdulillah.syukur dapat jugak buat blog ini dengan izin Allah SWT.