Khamis, 7 Mei 2009

PENAMBAHBAIKAN
Berdasarkan kelemahan-kelemahan yang diutarakan, antara penambahbaikan yang akan dilakukan adalah:-
i. Saya perlu bersedia didalam segala hal samada secara mengejut atau jadual yang berkala.
ii. Saya akan lebih cenderung untuk memegang jawatan lain bagi mengasah keterlibatan saya didalam sesuatu kerja berkumpulan.
iii. saya perlu membezakan diantara perkara yang serius dalam melakukan sesuatu perkerjaan samada bentuk formal atau tidak.
iv. Memupuk semangat kerjasama di antara satu sama lain.
v. Membaiki pengurusan masa agar dapat meningkatkan displin dan memastikan segala pengurusan aktiviti dibuat lebih awal dan dengan lebih teliti.

MATLAMAT UMUM
Mengenalpasti segala bentuk kelemahan dan membaiki permasalahan diri sendiri bagi membentuk jati diri seorang guru yang berdedikasi.
OBJEKTIF
1) Dapat mengendalikan masa dengan lebih tepat.
2) Berkeyakinan dalam membuat sesuatu keputusan.
3) Memupuk muafakat dalam melakukan aktiviti berkumpulan.
4) Mewujudkan nilai-nilai murni.
5) Mengelakkan segala kelemahan berulang kembali.



PELAN TINDAKAN
Langkah yang perlu diambil:
i. Meminta tunjuk ajar serta nasihat dari ahli kumpulan . Mempelajari kemahiran mengurus dan memimpin melalui program yang akan datang iaitu Rekreasi Dalam Komuniti
ii. Sentiasa merujuk kepada ketua untuk melakukan sesuatu aktiviti secara berkerjasama didalam kumpulan.
iii. Memastikan diri saya berkerja didalam kumpulan dengan lebih serus dan meminta ahli kumpulan sekiranya diri saya tersasar dali landasan perbincangan yang begitu komited.
iv. Membentuk dan membina keyakinan dalam diri sendiri agar dapat mencapai matlamat yang dikehendaki.
Untuk memastikan apa yang dirancangkan berjalan lancar, saya akan melakukan satu persatu perancangan yang dirancang.saya juga akan meminta rakan-rakan untuk menilai tahap pencapaian sayasehingga matlamat utama iaitu untuk memastikan agar segala penambahbaikan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sempurna. Oleh itu, apabila semuanya dapat dicapai, maka saya menilainya sebagai saya sudah Berjaya mengatasi kelemahan yang ada.


AKTIVITI 2
REFLEKSI BERKENAAN DENGAN KAEDAH MENGAJAR PADA SEMESTER LEPAS

KELEMAHAN
Antara kelemahan yang ketara dalam subjek kaedah mengajar pada semester lalu yang dapat dilihat adalah dari segi teknik mengajar di dalam kelas.saya mendapati juga banyak menggunakan kekerapan iaitu( aaa,ok dan baiklah) Serta tidak mengaplikasikan teori Psikologi Pendidikan dalam kaedah mengajar.
PENAMBAHBAIKAN
Penambahbaikan yang dirancang adalah :
i) Melatih bagaimana cara penyampaian dan teknik dengan lebih baik dan berkesan.
ii) Memahami konsep sesuatu teori dengan lebih mendalam dan menyesuaikan penggunaannya
di dalam bilik darjah.

MATLAMAT
Matlamat umum adalah untuk melatih dan membaikpulih teknik serta penyampaian mengajar sewaktu berada dalam bilik darjah. Selain itu adalah untuk memastikan agar penggunaan teori pembelajaran dapat dilaksanakan.

OBJEKTIF
1) Pelajar mudah memahami ape yang hendak disampaikan oleh guru.
2) Dapat mengaplikasikan teori psikologi dalam bilik darjah

PELAN TINDAKAN
Langkah-langkah yang diambil:
i. Sentiasa membuat latihan terlebih dahulu sebelum memulakan sesi pengajaran dalam bilik darjah.
ii. Mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang cara pengajaran saya.
iii. Memantau dari masa ke masa perubahan tingkah laku pelajar sebelum, semasa, dan selepas sesuatu teori dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan